Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011

Tuesday, April 13, 2010

10 April 2010, Sabtu yang lalu telah diadakan satu Kursus Pengajaran Penulisan Bahasa Inggeris Bagi Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor yang berlangsung di Makmal Komputer Sekolah Menengah Dato' Haji Kamaruddin. Kumpulan sasaran ialah 2 orang wakil guru Bahasa Inggeris bagi 16 Buah Sekolah Menengah di daerah. Latihan yang diberikan amat memanfaatkan kepada peserta yang mengambil bahagian, Pensyarah yang dijemput dapat menunjukkan satu kaedah yang berkesan untuk mengajar penulisan Bahasa Inggeris. Peserta yang hadir dapat memberi respon yang positif.
Harapan penyelaras program dalam usaha yang dijalankan oleh Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor bersama dengan Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris Daerah Hulu Selangor ini ialah semoga dapat meningkatkan pengetahuan dan mencetuskan idea-idea baru serta motivasi diri dalam kalangan guru Bahasa Inggeris. Disamping itu, diharapkan juga kursus tersebut akan menjadi panduan berguna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran mereka khasnya dalam penulisan Bahasa Inggeris disekolah masing-masing.
Kami di Sektor Akademik Pejabat Daerah Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan amat menyokong penuh atas aktiviti yang dijalankan, diharapkan pengerusi panitia lain yang telah dilantik dapat meneruskan aktiviti Panitia yang telah dirancang seperti ini agar memberi manafaat kepada semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment