Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011

Thursday, September 30, 2010

Persidangan Guru Cemerlang kebangsaan

Persidangan Guru Cemerlang kebangsaan



PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG 2010

Kuala Lumpur , 30 September 2010 – Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berjaya mengadakan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang tahun 2010.



Persidangan tersebut diadakan di Akademi Kenegaraan, BTN, Jabatan Perdana Menteri bermula 27 September 2010 sehingga 30 September 2010. Seramai 273 orang peserta dari seluruh negara telah menghadiri persidangan tersebut. Tema persidangan kali ini ialah “ Permuafakatan Pendidikan Merealisasikan Negara Bangsa”. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran di dalam kata-kata aluannya berharap persidangan kali ini mampu menjana transformasi minda dan meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan Guru Cemerlang melalui pembentangan kertas kerja, perkongsian pengalaman, percambahan fikiran dan perbincangan akademik.



Sementara itu, YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dalam perutusannya menyatakan bahawa kerajaan meletakkan harapan kepada Guru Cemerlang untuk melakukan transformasi bagi melonjakkan pencapaian akademik dan kemenjadian murid. Adalah diharapkan, persidangan Guru Cemerlang peringkat kebangsaan ini berjaya dan seterusnya dapat menjulang martabat pendidikan negara.