Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011

Wednesday, December 1, 2010

Logo MGCM


G - Guru
Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institut Perguruan dan Politeknik) dalam sistem pendidikan di Malaysia

C - Cemerlang

M - Majlis - satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( Pelajar dan ibubapa/masyarakat)

Thursday, September 30, 2010

Persidangan Guru Cemerlang kebangsaan

Persidangan Guru Cemerlang kebangsaan



PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG 2010

Kuala Lumpur , 30 September 2010 – Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berjaya mengadakan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang tahun 2010.



Persidangan tersebut diadakan di Akademi Kenegaraan, BTN, Jabatan Perdana Menteri bermula 27 September 2010 sehingga 30 September 2010. Seramai 273 orang peserta dari seluruh negara telah menghadiri persidangan tersebut. Tema persidangan kali ini ialah “ Permuafakatan Pendidikan Merealisasikan Negara Bangsa”. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran di dalam kata-kata aluannya berharap persidangan kali ini mampu menjana transformasi minda dan meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan Guru Cemerlang melalui pembentangan kertas kerja, perkongsian pengalaman, percambahan fikiran dan perbincangan akademik.



Sementara itu, YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dalam perutusannya menyatakan bahawa kerajaan meletakkan harapan kepada Guru Cemerlang untuk melakukan transformasi bagi melonjakkan pencapaian akademik dan kemenjadian murid. Adalah diharapkan, persidangan Guru Cemerlang peringkat kebangsaan ini berjaya dan seterusnya dapat menjulang martabat pendidikan negara.

Tuesday, July 6, 2010

Mesyuarat Guru Cemerlang Selangor

MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI SELANGOR
Tarikh:7 Julai 2010
Tempat :Bilik Mesyuarat Ke-2 JPS
Masa: 9.00 -2.30 ptg

1. Ucapan Yang Dipertua MGCNS
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Aktiviti Tahun
Peringkat Negeri & Peringkat Daerah
5. Pembentangan Penyata Kewangan
6. Pembentangan dan Pembahasan Usul/Cadangan
7. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan YDP MGCNS

Tuesday, June 22, 2010

PMR & UPSR DIHAPUSKAN

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada pelajar. Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.
“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.
“Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelaksanaan UPSR dan PMR adalah baik namun disebabkan terlalu menjurus kepada peperiksaan, tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.
Beliau berkata, disebabkan terlalu berorientasikan peperiksaan, fokus utama guru dan pelajar tertumpu kepada keputusan cemerlang pada peperiksaan awam dan mereka turut dibebani dengan peperiksaan penilaian di peringkat sekolah.
“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tidak pakai lagi PMR dan UPSR. Orang (majikan) tidak tanya pun berapa ‘A’ yang dapat dalam PMR dan UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan di peringkat universiti saja orang ambil kira,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan negara lain hanya mempraktikkan satu peperiksaan awam sepanjang persekolahan dan contoh itu boleh diambil Malaysia dengan memberi lebih penekanan kepada penilaian di peringkat sekolah.
“Saya sendiri berpendapat adalah lebih wajar kalau perlu adanya penilaian, kita buat di peringkat yang terakhir, selepas belajar 11 tahun (di sekolah rendah dan menengah) sebelum masuk universiti.
“Saya mengajak golongan pakar pendidikan dan masyarakat untuk memberi respons kerana kita belum ada keputusan tetapi banyak pihak mencadangkan untuk mengubah sistem kepada hanya satu sahaja peperiksaan awam,” katanya.
Namun menurut Muhyiddin, sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR diteruskan, ia hanya sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Tegas beliau, banyak perkara harus diteliti terlebih dahulu dan penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membolehkan keputusan penilaian di peringkat sekolah dapat diguna pakai oleh pelajar untuk memasuki sekolah berasrama penuh.
“Ini ada hubung kait dengan rombakan sistem pendidikan negara untuk mengubah bentuk kurikulum supaya lebih banyak masa terluang untuk fokus kepada subjek-subjek utama serta aktiviti sukan.
“Di peringkat kementerian, kita sedang meneliti dan memerlukan input dari warga akademik, pendidik dan masyarakat. Debat sihat dalam media juga bagus untuk perkara ini,” katanya.

Sunday, June 20, 2010

Guru Inovatif



Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pn. Hjh. Norishah binti Abu Bakar (SK Ampang Pecah) kerana telah berjaya muncul Naib Johan Kategori Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2010.

Guru Cemerlang Sains ini telah menerima hadiahnya pada Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Kuantan Pahang. Beliau telah mempertaruhkan bahan inovatifnya "Modul SUSAP" bagi mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Sains UPSR.

Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor

Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor
Kepada ahli MGC Hulu Selangor harap dapat memberi kerjasama dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM50 kepada wakil MGCHS di kawasan cikgu.Yuran tersebut adalah wajib seperti mana yang telah dipersetujui dalam mesy. Agong MGC yg lalu.

Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor

Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor
Kepada ahli MGC Hulu Selangor harap dapat memberi kerjasama dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM50 kepada wakil mengikut zon pkg di kawasan cikgu.

Saturday, June 19, 2010

Persidangan Guru Cemerlang -NKRA

NKRA PERSIDANGAN GC

Peranan Guru

Peranan Guru dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan
Syed Lutfi (1994)
1. Guru adalah agen perubahan dalam mencapai matlamat
pendidikan
2. Guru berperanan sebagai pengajar, pendidik dalam
membentuk sikap, nilai dan akhlak
3. Sentiasa memikirkan cara-cara memperbaiki kualiti
pendidikan
4. Memperbanyakkan latihan, tunjuk ajar, kelas tambahan
dan sebagainya untuk memastikan murid dapat menguasai ilmu
5. Sentiasa melengkap dan mempertingkatkan ilmunya
6. Sentiasa inovatif dalam menyampaikan pengajarannya
7. Menampilkan karisma kepimpinannya
8. Bijak memberi pertimbangan kepada kepelbagaian sikap
murid
9. Bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan
10. Malaksanakan amanah pendidikan dengan penuh
berkualiti

Tugas Guru

Pelbagai tugas guru akan dikurangkan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran tempoh hari .Pada umumnya mengatakan, guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai tugas. Ramai guru mempersoalkan beban tugas mengikut cita rasa masing-masing. Itu hak masing-masing. Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini, antara beban kerja dan keinginan bekerja. Sebelum mendapat pekerjaan setiap kita begitu inginkan pekerjaan itu, dengan harapan hidup lebih terjamin. Namun bila sudah mempunyai pekerjaan, pelbagai cara dan pendekatan orang bekerja mengikut tafsiran, kefahaman dan keinginan untuk bekerja masing-masing. Kepada orang-orang yang tidak mempunyai pekerjaan, mereka memikirkan alangkah baik jika mereka juga memperoleh pekerjaan sebagaimana kita semua yang bernasib baik mendapat pekerjaan.

Dalam tugas guru di sekolah hari saya akui memang banyak yang perlu diuruskan guru. Namun demikian, dunia hari ini sangat berbeza dengan sepuluh tahun yang lalu. Kepada orang-orang yang sangat cintakan pekerjaannya mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan pendekatan untuk memastikan pekerjaan yang dilakukannya sebijak dirinya dan zaman yang serba moden ini. Kita boleh melihat, dalam zaman yang serba moden ini, manusia melakukan pekerjaan dengan mengekploitasi sebanyak mungkin teknologi yang ada agar pekerjaan yang dilakukannya dilihat sangat berkualiti oleh orang lain dan memberikan kesan yang sangat positif kepada dirinya sendiri. Begitulah juga dengan tugas guru di sekolah. Hampir setiap hari, bulan dan tahun, kita melakukan kerja-kerja rutin yang kita ulang-ulang sehingga kita bersara dari jawatan guru. Namun, sejauh mana kita mengambil peluang menggunakan kemudahan dan teknologi moden ke dalam kerja kita di sekolah rasanya tidak seiring dengan perkembangan teknologi itu sendiri. Sepatutnya, semua kerja kita menjadi lebih mudah dan tidak membebankan sekiranya kita seiring dengan teknologi moden hari ini. Sebagai contoh, hampir semua urusan hari ini boleh diurus dihujung jari melalui kemudahan ICT, di mana saja dan pada bila-bila masa. Namun, jarang sekali kita lihat, keadaan ini berlaku di sekolah. Entah mengapa, kita begitu tradisional dan konvensional. Kita masih terikut-ikut dengan pengalaman yang kita hadapi dengan guru-guru kita dahulu, wpun sebahagiannya kita sendiri tidak menyukainya. Inilah yang dikatakan, dunia canggih tetapi kita masih jauh ketinggalan

Saturday, June 5, 2010

Antara Aktiviti Unit Akademik PPD Hulu Selangor dengan Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor
UNIT SAINS DAN MATEMATIK
* BENGKEL PEMBINAAN MODUL TEORI SAINS SPM DAERAH HULU SELANGOR 2010 - Tuesday, 13 April, 2010
* PEMBUGARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS & MATEMATIK SM 2010 - Tuesday, 13 April, 2010

UNIT PENDIDIKAN ISLAM HULU SELANGOR
* BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU - Saturday, 29 May, 2010 - PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH HULU SELANGOR

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru-Guru di Pesada Pendidikan Tanah Air. Hayatilah sajak berikut

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Thursday, May 13, 2010

Aktiviti MGCM HS

Antara Aktiviti Unit Akademik PPD Hulu Selangor dengan Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor
UNIT SAINS DAN MATEMATIK
* BENGKEL PEMBINAAN MODUL TEORI SAINS SPM DAERAH HULU SELANGOR 2010 - Tuesday, 13 April, 2010
* PEMBUGARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS & MATEMATIK SM 2010 - Tuesday, 13 April, 2010

UNIT PENDIDIKAN ISLAM HULU SELANGOR

* SELAMAT BERCUTI PANJANG - Monday, 7 June, 2010 - PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH HULU SELANGOR
* BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU - Saturday, 29 May, 2010 - PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH HULU SELANGOR

Friday, April 23, 2010

Guru Cemerlang Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor

Guru Cemerlang Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor

1EN.SAIFUL NIZAM BIN SAYUTI SK GEDANGSA DGA32 MATEMATIK
2PN.ZUBAIDAH BINTI MOHD. NOR SK KALUMPANG DGA34 MATEMATIK
3PN.NOR HAYATI BINTI MOHD ZAINI SK BUKIT SENTOSA DGA32 MATEMATIK
4PN.ZAWIAH BINTI HJ. SHAHRUN SK RASA DGA34 SAINS
5PN.HELYZA BINTI HAYES SK.SUNGAI BUAYA DGA32 SAINS
6PN.NORITA BINTI IDRIS SK ULU YAM LAMA DGA32 SAINS
7PN.NORMAWATI BINTI ABDUL RAHMAN SK SG CHOH DGA32 SAINS
8PN.NORISHAH BINTI ABU BAKAR SK AMPANG PECAN DGA34 SAINS
9EN.SAHIDAN BIN UMAR SK BATANG KALI DGA32 RAGAMA ISLAM
10PN.NORFAUZIAH BINTI MAT GHAUS SK GEDANGSA DGA32 P.AGAMA ISLAM
11PN.JUMAAYAH BINTI MOHD YASIN SK BUKIT SENTOSA DGA32 P.AGAMA ISLAM
12 EN.SHAADAN BIN MANAP SK HULU BERNAM DGA34 B.MELAYU
13PN.HUSNA BINTI HUSAIN SK KG KUANTAN DGA32 B.MELAYU
14PN,SITI SARAH BINTI ABDUL MALIK SK SERENDAH DGA34 B.MELAYU
15PN, NOR SALAWATI BINTI SHARE SK BATANG KALI DGA32 B.MELAYU
16PN-WAIMUNAH BINTI ABDUL AZIZ SK GESIR TENGAH DGA32 B.MELAYU
17PN RASIAH BINTI SANUSI SK GEDANGSA DGA32 B.MELAYU
18EN.WUHAMMAD FAIZAL BIN HJ.SANlSK BANDAR BARU B. KALI DGA32 K.TEMPATAN
19PN.WASIJAH BINTI MUSLIM SK KALUMPANG DGA34 B.MELAYU
20PN.NOORHAYATI BINTI ABD AZIZ SK KUALA KUBU BHARU 1 DGA34 B.MELAYU
21PN.NAAGASWARI ELIARNI A/P SUBRAMANIAM SJKT LDG ESCOT DGA32 B.TAmIL
22EN.MD.ZAHARI BIN ZAKARIA SK KUALA KUBU BHARU 1 DGA34 MUZIK
23EN.TEH KIAN PAH SJKC SERENDAH DGA34 B.INGGERIS
24PN.SARASWATHY DEVI A/P KARUPPIAH SJKT BUKIT BERUNTUNG DGA32 B.INGGERIS
25PN.ROSNIZAR BINTI KASSIM SK KERLING DGA34 B.INGGERIS
26PN.KASTURI A/P KANDAYAH SK ULU YAM BHARU DGA32 B.INGGERIS
27PN.HJH SITI ZUNAIDA BINTI ALI SK BATANG KALI DGA34 PEMULIHAN
28PN.RAJALETCHUMY A/P RENGASAMY SJKT KUALA KUBU BHARU DGA34 PEMULIHAN
29EN.SHAMSUL AZNAN BIN MOHD ISA SJKC SERENDAH DGA34 PJK

Guru cemerlang Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor

Senarai Nama Guru cemerlang Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor
1PN. HJH.ZALIHA BINTI SHEIKH MUHAMED,SMK TAMAN BUNGA RAYA 1,MATEMATIK
2PN.LOW LAI FUN SMK KUALA KUBU BHARU,MATEMATIK
3PN.NOORAMALI BINTI MOHD RAMLI SMK BUKIT SENTOSA MATEMATIK
4EN. AFENDI BIN SHAFII SMK BUKIT SENTOSA MATEMATIK
5EN.YAHYA BIN MAMAT SM SAINS HULU SELANGOR MATEMATIK
6PN;NOOR SHA'RAN BINTI MUHAMED SMK BUKIT SENTOSA 2 MATEMATIK
7PN.NORAZRINA BINTI ABD AZIZ SM SAINS HULU SELANGOR SAINS
8PN.NIK SRI RAHAYU BINTI NIK ARIFFIN SM SAINS HULU SELANGOR FIZIK
9PN.ZUFALILAH BINTI ATAN SMK BUKIT SENTOSA B.MELAYU
10PN.HASINAH BINTI YAACOB, SMK BANDAR SG BUAYA B 'MELAYU
11EN.KAMARUDIN BIN MOHD NOR SMK BUKIT SENTOSA 2 B.MELAYU
12PN.AZMAH BINTI ABD AZIZ SMK SERENDAH B.MELAYU
13EN. AYUB KAMARUDDIN BIN HJ YA'ACOB SMK GEDANGSA B.INGGERIS
14.PN.AZURA BINTI JANUDIN SMK GEDANGSA B.INGGERIS
15PN. NORIDAH BINTI HARUN SMK SYED MASHOR
16PN.SAKILA BIBI BINTI MOHD SHAFFI SMK KUALA KUBU BHARU B.INGGERIS
17PN.YAP SIAW NGO SMK DATO' HJ KAMARUDDIN B.INGGERIS
18PN.SARWESWARY AJP SMK DATO' HJ KAMARUDDIN B.INGGERIS
19EN. ABDUL, NASIR BIN ASMAON SMK GEDANGSA AKAUN
20PN. MAZANI BINTI MOHAMAD SMK GEDANGSA P.MORAL
21EN. KHAIRUL ANUAR BIN HJ. SARJIDIN SMK GEDANGSA KAUNSELING
22HJ.ABD.RADZAK BIN YUSOF SMK SYED MASHOR KAUNSELING
23PN.NORAMAH BINTI JAMIL SMK BANDAR BARU BATANG KALI KAUNSELING
24EN.MUTLAIN BIN HJ. BAHARIN SMK KG SOEHARTO KAUNSELING
25EN. ANUAR BIN MD ISA SMK KG SOEHARTO S.PERTANIAN
26EN.A.AZIZ BIN KAMARULZAMAN SMK SYED MASHOR S.PERTANIAN
27EN. KASMAIDI BIN AB.KADER SMK KG SOEHARTO SEJARAH
28PN. FUZIAH HANUM BINTI ARIPIN SMK KG SOEHARTO SEJARAH
29EN.MOHD JAIFERI BIN ISMAIL SMK KUALA KUBU BHARU SEJARAH
30EN. ZAINAL BIN SUDIN SMK KUALA KUBU BHARU EKONOMI ASAS
31PN. ASIAH BfNTI WANIK SMK SYED MASHOR EKONOMI TING 6
32PN. ROSEMINAH BINTI MOHD NOOK SMK BANDAR SG BUAYA PJK
33PN. SALAMAH BINTI UDIN SMK SERENDAH MEDIA
34PN. REVI CHANDER SMK SG. SHOH B.TAMIL
35PN. PUNITHA A/P KADIRATHAN SMK SG. SHOH P.PERNIAGAAN
36PN.ROSELIZAM BINTI DAUD SM SAINS HULU SELANGOR P.AGAMA ISLAM
37PN.ZAHARAH BINTI MOHD SOLID SM SAINS HULU SELANGOR P.AGAMA ISLAM
38EN. TUAN MUHD INDERA PUTERA BIN TUAN AB RAZAK SM SAINS H.SELANGOR,MAT.TAMBAHAN
39PN.WAN RAFIDAH BINTI WAN KHALID SM SAINS HULU SELANGOR B.PERANCIS
40EN. MOHD YAZID BIN BAHAROM SM SAINS HULU SELANGOR B.ARAB

Tuesday, April 20, 2010

Satu Sekolah satu Fertikits


Sukacita dimaklumkan bahawa MARDI dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan menganjurkan program Satu Sekolah Satu Fertikits. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti pertanian yang boleh diusahakan dengan kaedah fertigasi dan teknologi ini boleh dijadikan sebagai alat bantuan mengajar dimana kaedah penanamannya boleh dilakukan dalam bilik darjah.
Kepada sekolah yang terlibat diucapkan tahniah kerana terpilih sebagai peserta dan akan menerima satu set fertikits sumbangan pihak MARDI.
Sekolah berkenaan ialah SMK Syed Mashor, SMK Kg. Soeharto, SMK Serendah, SMK Sungai Choh, SMK Bukit Sentosa, SMK Bandar Baru Batang Kali, SMK Gedangsa, SMK Bukit Sentosa 2, SMK Kalumpang, SK Ulu Yam Bharu, SJK T Ladang Batang Kali dan SJK C Batang Kali.
Makluman program adalam seperti berikut:
Tarikh : 18 April 2010 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Suluh Budiman, SMK Syed Mashor
Perasmi : Yang Berhormat Datuk Seri (Dr) Noh bin Haji Omar
Menteri Pertanian Industri Asas Tani Malaysia.
Kepada yang terlibat dikehendaki hadir bersama guru dan ahli persatuan ibu bapa sekolah masing-masing bagi menjayakan majlis tersebut.

Fertikits

Tuesday, April 13, 2010

Kursus Pengajaran Penulisan B.Inggeris

10 April 2010, Sabtu yang lalu telah diadakan satu Kursus Pengajaran Penulisan Bahasa Inggeris Bagi Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor yang berlangsung di Makmal Komputer Sekolah Menengah Dato' Haji Kamaruddin. Kumpulan sasaran ialah 2 orang wakil guru Bahasa Inggeris bagi 16 Buah Sekolah Menengah di daerah. Latihan yang diberikan amat memanfaatkan kepada peserta yang mengambil bahagian, Pensyarah yang dijemput dapat menunjukkan satu kaedah yang berkesan untuk mengajar penulisan Bahasa Inggeris. Peserta yang hadir dapat memberi respon yang positif.
Harapan penyelaras program dalam usaha yang dijalankan oleh Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor bersama Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris Daerah Hulu Selangor ini ialah semoga dapat meningkatkan pengetahuan dan mencetuskan idea-idea baru serta motivasi diri dalam kalangan guru Bahasa Inggeris. Disamping itu, diharapkan juga kursus tersebut akan menjadi panduan berguna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran mereka khasnya dalam penulisan Bahasa Inggeris disekolah masing-masing.
Kami di Sektor Akademik Pejabat Daerah Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan amat menyokong penuh atas aktiviti yang dijalankan, diharapkan pengerusi panitia lain yang telah dilantik dapat meneruskan aktiviti Panitia yang telah dirancang seperti ini agar memberi manafaat kepada semua yang terlibat.
10 April 2010, Sabtu yang lalu telah diadakan satu Kursus Pengajaran Penulisan Bahasa Inggeris Bagi Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor yang berlangsung di Makmal Komputer Sekolah Menengah Dato' Haji Kamaruddin. Kumpulan sasaran ialah 2 orang wakil guru Bahasa Inggeris bagi 16 Buah Sekolah Menengah di daerah. Latihan yang diberikan amat memanfaatkan kepada peserta yang mengambil bahagian, Pensyarah yang dijemput dapat menunjukkan satu kaedah yang berkesan untuk mengajar penulisan Bahasa Inggeris. Peserta yang hadir dapat memberi respon yang positif.
Harapan penyelaras program dalam usaha yang dijalankan oleh Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor bersama dengan Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris Daerah Hulu Selangor ini ialah semoga dapat meningkatkan pengetahuan dan mencetuskan idea-idea baru serta motivasi diri dalam kalangan guru Bahasa Inggeris. Disamping itu, diharapkan juga kursus tersebut akan menjadi panduan berguna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran mereka khasnya dalam penulisan Bahasa Inggeris disekolah masing-masing.
Kami di Sektor Akademik Pejabat Daerah Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan amat menyokong penuh atas aktiviti yang dijalankan, diharapkan pengerusi panitia lain yang telah dilantik dapat meneruskan aktiviti Panitia yang telah dirancang seperti ini agar memberi manafaat kepada semua yang terlibat.

Saturday, April 3, 2010

Bersama Perdana Menteri

Anugerah Kecemerlangan Akademik akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2010 (SABTU)di Dewan Serbaguna FELDA Sg. Tengi, 8.30 pagi. Seramai 694 pelajar UPSR,PMR,SPM & STPM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan pada tahun lepas akan di rai dan dianugerahkan hadiah kecemerlangan. Ibu bapa pelajar juga dijemput hadir bagi mengiringi penerimaan hadiah tersebut. 100 buah basikal juga akan diagihkan kepada pelajar-pelajar miskin di daerah hulu selangor. Kepada pelajar yang akan menerima anugerah diucapkan tahniah semoga semua nini sebagai galakkan untuk kejayaan pada masa datang. Guru-guru juga dijemput hadir bagi meraikan pelajar-pelajar kita. SeKian Dimaklumkan

Sunday, March 28, 2010

Mesyuarat Guru Cemerlang Selangor

Mesyuarat GC Selangor
TARIKH : 1 APRIL 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN BESAR, KISAS KLANG
MASA : 8.30 PAGI
PERASMI : PENGARAH PELAJARAN JPNSDE

Sila hubungi YDP daerah masing-masing untuk mendapatkan Notis Mesyuarat Agung , Borang Usul dan surat rasmi panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh JPNSDE.

ATURCARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI SELANGOR

KALI KE-5 SESI 2010/2012
8.30 pg – 9.00 pg : Pendaftaran Peserta
9.00 pg – 10.00 pg : Bacaan Doa & Peranan Guru Cemerlang oleh Tn Hj Zainal Bin Sudin
10.00 pg – 11.00 pg : Ucaptama & Perasmian oleh Tn. Pengarah Pelajaran Negeri Selangor
11.00 pg – 11.30 pg : REHAT
11.30 pg : Mesyuarat Agung MGCNS Kali ke-5

1. Ucapan Yang Dipertua MGCNS Sesi 2008/2010
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-4 Sesi 2008/2010
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Aktiviti Tahun 2008-2010 - Peringkat Negeri & Peringkat Daerah
5. Pembentangan Penyata Kewangan 2008-2010
6. Pembubaran AJK 2008/2010
7. Perlantikan AJK 2010/2012
8. Perlantikan Juru Audit
9. Pembentangan dan Pembahasan Usul/Cadangan
10. Ucapan Penangguhan YDP MGCNS Sesi 2010/2010

Friday, March 19, 2010

Program GC

Program GC 2010
1. Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran Guru Cemerlang di sekolah.
• Pelaksanaan P&P yang berkualiti dan berkesan.
• Program Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran
• Head Count Mata Pelajaran
• Analisis & Post-Mortem Prestasi Pencapaian Murid
• Pelaksanaan Pelan Tindakan Penambahbaikan

2. Program Pembestarian Guru.
• Tujuan : Untuk menambahkan bilangan Guru Cemerlang .
• Pelaksanaan secara bersiri di Peringkat Daerah ( PPD & MGC Daerah )
• Pengisian :
i. Motivasi & Grooming
ii. Taklimat Kerjaya Guru Cemerlang
iii. Bimbingan Guru Cemerlang / Mentor-mentee
iv. Pembinaan Bahan Projek/Inovasi P&P

3. Projek / Inovasi/Kajian Tindakan Guru Cemerlang
• Setiap Guru Cemerlang perlu merancang & melaksanakan projek/inovasi/kajian penyelidikan pendidikan.
• Lebih banyak hasil Kajian Tindakan Guru Cemerlang akan dibentangkan di dalam Konvensyen Kajian Tindakan Negeri.
• Lebih ramai Guru Cemerlang dapat membentangkan projek/inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan.
• Lebih ramai Guru Cemerlang dapat dicalonkan sebagai Guru Inovatif di peringkat kebangsaaan.

4. Program Khidmat Bantu Guru Cemerlang
• Bimbingan dan khidmat bantu Guru Cemerlang bagi Sekolah Prestasi Rendah di peringkat daerah.
• Tujuan : Membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran dan peperiksaan awam sekolah.
• Perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman bidang kepakaran mata pelajaran Guru Cemerlang.
• Pendekatan : Perbincangan guru dan Bengkel/Ceramah Teknik Menjawab Soalan.

5. Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang kurikulum mata pelajaran kepakaran.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang pedagogi
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang penilaian dan pentaksiran pendidikan.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang ICT.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang umum pendidikan.

Friday, February 12, 2010

Mesyuarat GC Daerah

Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang (GC) Hulu Selangor telah dijalankan seperti berikut:
Tarikh:11 Feb 2010,
Hari :Khamis,
Masa:2.00 ptg.,
Tempat :Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor,
Kehadiran :40 GC menengah,29 GC rendah , Puan Hamidah (Pen.PPD)dan Ketua-Ketua Unit PPD .

ATURCARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH HULU SELANGOR

SESI 2010/2012
Pendaftaran Peserta
Bacaan Doa
Ucaptama & Perasmian oleh Pn. Hamidah Pen. PPD

1. Ucapan Yang Dipertua MGCNS Sesi 2008/2010
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-4 Sesi 2008/2010
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Aktiviti Tahun 2008-2010 - Peringkat Daerah
5. Pembentangan Penyata Kewangan 2008-2010
6. Pembubaran AJK 2008/2010
7. Perlantikan AJK 2010/2012
8. Perlantikan Juru Audit
9. Pembentangan dan Pembahasan Usul/Cadangan
10. Ucapan Penangguhan YDP MGCNS Sesi 2010/2012

Mesyuarat perlantikan jawatankuasa baru telah dijalankan bagi sessi 2010/2012. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang dilantik ,semoga dapat bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memantabkan Majlis GC Daerah ini.