Pelbagai tugas guru akan dikurangkan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran tempoh hari .Pada umumnya mengatakan, guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai tugas. Ramai guru mempersoalkan beban tugas mengikut cita rasa masing-masing. Itu hak masing-masing. Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini, antara beban kerja dan keinginan bekerja. Sebelum mendapat pekerjaan setiap kita begitu inginkan pekerjaan itu, dengan harapan hidup lebih terjamin. Namun bila sudah mempunyai pekerjaan, pelbagai cara dan pendekatan orang bekerja mengikut tafsiran, kefahaman dan keinginan untuk bekerja masing-masing. Kepada orang-orang yang tidak mempunyai pekerjaan, mereka memikirkan alangkah baik jika mereka juga memperoleh pekerjaan sebagaimana kita semua yang bernasib baik mendapat pekerjaan.
Dalam tugas guru di sekolah hari saya akui memang banyak yang perlu diuruskan guru. Namun demikian, dunia hari ini sangat berbeza dengan sepuluh tahun yang lalu. Kepada orang-orang yang sangat cintakan pekerjaannya mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan pendekatan untuk memastikan pekerjaan yang dilakukannya sebijak dirinya dan zaman yang serba moden ini. Kita boleh melihat, dalam zaman yang serba moden ini, manusia melakukan pekerjaan dengan mengekploitasi sebanyak mungkin teknologi yang ada agar pekerjaan yang dilakukannya dilihat sangat berkualiti oleh orang lain dan memberikan kesan yang sangat positif kepada dirinya sendiri. Begitulah juga dengan tugas guru di sekolah. Hampir setiap hari, bulan dan tahun, kita melakukan kerja-kerja rutin yang kita ulang-ulang sehingga kita bersara dari jawatan guru. Namun, sejauh mana kita mengambil peluang menggunakan kemudahan dan teknologi moden ke dalam kerja kita di sekolah rasanya tidak seiring dengan perkembangan teknologi itu sendiri. Sepatutnya, semua kerja kita menjadi lebih mudah dan tidak membebankan sekiranya kita seiring dengan teknologi moden hari ini. Sebagai contoh, hampir semua urusan hari ini boleh diurus dihujung jari melalui kemudahan ICT, di mana saja dan pada bila-bila masa. Namun, jarang sekali kita lihat, keadaan ini berlaku di sekolah. Entah mengapa, kita begitu tradisional dan konvensional. Kita masih terikut-ikut dengan pengalaman yang kita hadapi dengan guru-guru kita dahulu, wpun sebahagiannya kita sendiri tidak menyukainya. Inilah yang dikatakan, dunia canggih tetapi kita masih jauh ketinggalan
Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011
-
Senarai Nama Guru cemerlang Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor 1PN. HJH.ZALIHA BINTI SHEIKH MUHAMED,SMK TAMAN BUNGA RAYA 1,MATEMATIK 2PN....
-
Guru Cemerlang Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor 1EN.SAIFUL NIZAM BIN SAYUTI SK GEDANGSA DGA32 MATEMATIK 2PN.ZUBAIDAH BINTI MOHD. NOR ...
-
Pengiktirafan tertinggi perlu direbut semua pendidik bagi martabat profesion, ajar generasi muda USAHA Kementerian Pelajaran memartabatkan p...
-
Pengumuman Penulisan Amalan Terbaik GC Guru-guru Cemerlang yang dihormati, Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) akan menerbitkan buku Amala...
-
Renungan buat semua..... " Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dah...
-
Assalamualaikum w.b.t. Kepada semua guru cemerlang daerah Hulu Selangor. Mohon kerjasama untuk mendaftar secara online status anda pada ta...
-
Tarikh: 9 Mei 2013 (Khamis) Bertempat: Dewan Alfarabi, SMK Taman Bunga Raya 1 Jam : 8.00 pagi - 1.30 tgh. Pengisian 1: Pembugaran Standar...
-
TAKLIMAT Pengurusan Panitia
-
Sukacita dimaklumkan bahawa MARDI dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan menganjurkan program Satu Sekolah Satu Fertik...
-
Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011 Tarikh : 24 Feb. 2011 Tempat: Dewan SMK Taman Bunga Raya 1 Matlamat utama Persidang...
No comments:
Post a Comment