Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada pelajar. Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.
“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.
“Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelaksanaan UPSR dan PMR adalah baik namun disebabkan terlalu menjurus kepada peperiksaan, tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.
Beliau berkata, disebabkan terlalu berorientasikan peperiksaan, fokus utama guru dan pelajar tertumpu kepada keputusan cemerlang pada peperiksaan awam dan mereka turut dibebani dengan peperiksaan penilaian di peringkat sekolah.
“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tidak pakai lagi PMR dan UPSR. Orang (majikan) tidak tanya pun berapa ‘A’ yang dapat dalam PMR dan UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan di peringkat universiti saja orang ambil kira,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan negara lain hanya mempraktikkan satu peperiksaan awam sepanjang persekolahan dan contoh itu boleh diambil Malaysia dengan memberi lebih penekanan kepada penilaian di peringkat sekolah.
“Saya sendiri berpendapat adalah lebih wajar kalau perlu adanya penilaian, kita buat di peringkat yang terakhir, selepas belajar 11 tahun (di sekolah rendah dan menengah) sebelum masuk universiti.
“Saya mengajak golongan pakar pendidikan dan masyarakat untuk memberi respons kerana kita belum ada keputusan tetapi banyak pihak mencadangkan untuk mengubah sistem kepada hanya satu sahaja peperiksaan awam,” katanya.
Namun menurut Muhyiddin, sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR diteruskan, ia hanya sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Tegas beliau, banyak perkara harus diteliti terlebih dahulu dan penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membolehkan keputusan penilaian di peringkat sekolah dapat diguna pakai oleh pelajar untuk memasuki sekolah berasrama penuh.
“Ini ada hubung kait dengan rombakan sistem pendidikan negara untuk mengubah bentuk kurikulum supaya lebih banyak masa terluang untuk fokus kepada subjek-subjek utama serta aktiviti sukan.
“Di peringkat kementerian, kita sedang meneliti dan memerlukan input dari warga akademik, pendidik dan masyarakat. Debat sihat dalam media juga bagus untuk perkara ini,” katanya.
Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011
-
Senarai Nama Guru cemerlang Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor 1PN. HJH.ZALIHA BINTI SHEIKH MUHAMED,SMK TAMAN BUNGA RAYA 1,MATEMATIK 2PN....
-
Guru Cemerlang Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor 1EN.SAIFUL NIZAM BIN SAYUTI SK GEDANGSA DGA32 MATEMATIK 2PN.ZUBAIDAH BINTI MOHD. NOR ...
-
Pengiktirafan tertinggi perlu direbut semua pendidik bagi martabat profesion, ajar generasi muda USAHA Kementerian Pelajaran memartabatkan p...
-
Pengumuman Penulisan Amalan Terbaik GC Guru-guru Cemerlang yang dihormati, Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) akan menerbitkan buku Amala...
-
Renungan buat semua..... " Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dah...
-
Assalamualaikum w.b.t. Kepada semua guru cemerlang daerah Hulu Selangor. Mohon kerjasama untuk mendaftar secara online status anda pada ta...
-
Tarikh: 9 Mei 2013 (Khamis) Bertempat: Dewan Alfarabi, SMK Taman Bunga Raya 1 Jam : 8.00 pagi - 1.30 tgh. Pengisian 1: Pembugaran Standar...
-
TAKLIMAT Pengurusan Panitia
-
Sukacita dimaklumkan bahawa MARDI dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan menganjurkan program Satu Sekolah Satu Fertik...
-
Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011 Tarikh : 24 Feb. 2011 Tempat: Dewan SMK Taman Bunga Raya 1 Matlamat utama Persidang...
Tuesday, June 22, 2010
Sunday, June 20, 2010
Guru Inovatif
Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pn. Hjh. Norishah binti Abu Bakar (SK Ampang Pecah) kerana telah berjaya muncul Naib Johan Kategori Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2010.
Guru Cemerlang Sains ini telah menerima hadiahnya pada Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Kuantan Pahang. Beliau telah mempertaruhkan bahan inovatifnya "Modul SUSAP" bagi mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Sains UPSR.
Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor
Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor
Kepada ahli MGC Hulu Selangor harap dapat memberi kerjasama dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM50 kepada wakil MGCHS di kawasan cikgu.Yuran tersebut adalah wajib seperti mana yang telah dipersetujui dalam mesy. Agong MGC yg lalu.

Kepada ahli MGC Hulu Selangor harap dapat memberi kerjasama dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM50 kepada wakil mengikut zon pkg di kawasan cikgu.
Kepada ahli MGC Hulu Selangor harap dapat memberi kerjasama dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM50 kepada wakil mengikut zon pkg di kawasan cikgu.
Saturday, June 19, 2010
Peranan Guru
Peranan Guru dalam Meningkatkan Mutu Pendidikan
Syed Lutfi (1994)
1. Guru adalah agen perubahan dalam mencapai matlamat
pendidikan
2. Guru berperanan sebagai pengajar, pendidik dalam
membentuk sikap, nilai dan akhlak
3. Sentiasa memikirkan cara-cara memperbaiki kualiti
pendidikan
4. Memperbanyakkan latihan, tunjuk ajar, kelas tambahan
dan sebagainya untuk memastikan murid dapat menguasai ilmu
5. Sentiasa melengkap dan mempertingkatkan ilmunya
6. Sentiasa inovatif dalam menyampaikan pengajarannya
7. Menampilkan karisma kepimpinannya
8. Bijak memberi pertimbangan kepada kepelbagaian sikap
murid
9. Bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan
10. Malaksanakan amanah pendidikan dengan penuh
berkualiti

Labels:
Peranan Guru cemerlang
Tugas Guru
Pelbagai tugas guru akan dikurangkan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran tempoh hari .Pada umumnya mengatakan, guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai tugas. Ramai guru mempersoalkan beban tugas mengikut cita rasa masing-masing. Itu hak masing-masing. Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini, antara beban kerja dan keinginan bekerja. Sebelum mendapat pekerjaan setiap kita begitu inginkan pekerjaan itu, dengan harapan hidup lebih terjamin. Namun bila sudah mempunyai pekerjaan, pelbagai cara dan pendekatan orang bekerja mengikut tafsiran, kefahaman dan keinginan untuk bekerja masing-masing. Kepada orang-orang yang tidak mempunyai pekerjaan, mereka memikirkan alangkah baik jika mereka juga memperoleh pekerjaan sebagaimana kita semua yang bernasib baik mendapat pekerjaan.
Dalam tugas guru di sekolah hari saya akui memang banyak yang perlu diuruskan guru. Namun demikian, dunia hari ini sangat berbeza dengan sepuluh tahun yang lalu. Kepada orang-orang yang sangat cintakan pekerjaannya mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan pendekatan untuk memastikan pekerjaan yang dilakukannya sebijak dirinya dan zaman yang serba moden ini. Kita boleh melihat, dalam zaman yang serba moden ini, manusia melakukan pekerjaan dengan mengekploitasi sebanyak mungkin teknologi yang ada agar pekerjaan yang dilakukannya dilihat sangat berkualiti oleh orang lain dan memberikan kesan yang sangat positif kepada dirinya sendiri. Begitulah juga dengan tugas guru di sekolah. Hampir setiap hari, bulan dan tahun, kita melakukan kerja-kerja rutin yang kita ulang-ulang sehingga kita bersara dari jawatan guru. Namun, sejauh mana kita mengambil peluang menggunakan kemudahan dan teknologi moden ke dalam kerja kita di sekolah rasanya tidak seiring dengan perkembangan teknologi itu sendiri. Sepatutnya, semua kerja kita menjadi lebih mudah dan tidak membebankan sekiranya kita seiring dengan teknologi moden hari ini. Sebagai contoh, hampir semua urusan hari ini boleh diurus dihujung jari melalui kemudahan ICT, di mana saja dan pada bila-bila masa. Namun, jarang sekali kita lihat, keadaan ini berlaku di sekolah. Entah mengapa, kita begitu tradisional dan konvensional. Kita masih terikut-ikut dengan pengalaman yang kita hadapi dengan guru-guru kita dahulu, wpun sebahagiannya kita sendiri tidak menyukainya. Inilah yang dikatakan, dunia canggih tetapi kita masih jauh ketinggalan

Saturday, June 5, 2010
Antara Aktiviti Unit Akademik PPD Hulu Selangor dengan Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor
UNIT SAINS DAN MATEMATIK
* BENGKEL PEMBINAAN MODUL TEORI SAINS SPM DAERAH HULU SELANGOR 2010 - Tuesday, 13 April, 2010
* PEMBUGARAN KAJIAN TINDAKAN SAINS & MATEMATIK SM 2010 - Tuesday, 13 April, 2010
UNIT PENDIDIKAN ISLAM HULU SELANGOR
* BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU - Saturday, 29 May, 2010 - PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH HULU SELANGOR

Subscribe to:
Posts (Atom)