Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011

Tuesday, February 1, 2011

Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011





Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011
Tarikh : 24 Feb. 2011
Tempat: Dewan SMK Taman Bunga Raya 1

Matlamat utama Persidangan adalah untuk membolehkan peserta memahami entiti dan kualiti kecemerlangan sebagai guru cemerlang yang sebenar-benarnya. Konvensyen ini juga sangat berguna untuk mencari, menilai dan menentukan hala tuju diri, mencari pandangan (view) baru, membangunkan diri dengan nafas dan azam baru sebagai guru cemerlang
Memberi kemantapan kepada guru cemerlang tentang idea dan ilmu berkaitan ‘pemikiran kelas pertama’.Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada guru-guru cemerlang yang senior kepada guru-guru cemerlang yang lain terutamanya mereka yang baru dilantik.

ATURCARA PERSIDANGAN:

7.45 pg – 8.15 pg: Pendaftaran dan Minum pagi
8.30 – 9.00 : Ucaputama Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor
9.00- 10.30 : Cearamah Isu dan Cabaran Guru Cemerlang Tn. Hj. Zainal Sudin , GC Gred Khas C
11.00- 1.00 : Ceramah Konsep Guru Cemelang , En. Abdul Aziz ,Pegawai Nazir Persekutuan dari Putrajaya.
1.00 - 2.00 : Rehat dan makan
2.00 – 3.30 : Ceramah 3, Motivasi GC , Tn. Hj. Ghazali dari JPS
3.30-4.00 : Pembentangan Naib Johan Inovasi Kebangsaan
4.00- 5.00: Mesyuarat Majlis GC daerah
5.00 Bersurai

Perhatian : Semua Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor Wajib hadir . Sila jelaskan bayaran yuran tahunan RM100 bagi tahun 2010 dan 2011 di masa pendaftaran peserta.

Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Selangor

MESYUARAT MAJLIS GURU CEMERLANG HULU SELANGOR
Tarikh:31 Jan 2011
Tempat :Bilik Mesyuarat PPD Hulu Selangor
Masa: 2.00 ptg

1. Ucapan Yang Dipertua MGCMHS
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Aktiviti Tahun
5. Pembentangan Penyata Kewangan
6. Pembentangan dan Pembahasan Usul/Cadangan
7. Hal-hal lain
Tarikh:10 Feb. 2011
Tempat :Bilik Mesyuarat Ke-2 JPS
Masa: 9.00 -5.00 ptg

1. Ucapan Yang Dipertua MGCNS
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Aktiviti Tahun
Peringkat Negeri & Peringkat Daerah
5. Pembentangan Penyata Kewangan
6. Pembentangan dan Pembahasan Usul/Cadangan
7. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan YDP MGCNS

Friday, January 28, 2011

Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor

MESYUARAT AGONG MAJLIS GURU CEMERLANG HULU SELANGOR KALI KE 3
Tarikh:18 OKTOBER 2012
Tempat :DEWAN ALFARABI, SMK TMN BUNGA RAYA 1
Masa: 2.00 ptg

1. Ucapan Yang Dipertua MGCMHS
2. Ucapan Perasmian />3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Perkara Berbangkit
5. Pelaporan Aktiviti Tahun
6. Pembentangan Penyata Kewangan
7. Pembubaran AJK 2010-2012 dan Perlantikan AJK 2012-2014
8. Ucapan Penangguhan oleh YDP 2012-2014
9.Majlis bersurai

Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang

Pengumuman Penulisan Amalan Terbaik GC

Guru-guru Cemerlang yang dihormati,

Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) akan menerbitkan buku Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang untuk semua mata pelajaran.

Sehubungan dengan itu, MGCM mempelawa semua guru cemerlang untuk menghantar hasil penulisan mereka berdasarkan syarat-syarat yang berikut:

1Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu Baku dan panjangnya sekitar 2000 – 4000 perkataan (12 – 20 halaman kertas A4)

2. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubah suai, diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik.

3. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.

4. MGCM berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, dan dalam berbuat demikian, kami berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas rencana yang berkenaan. Rencana yang dihantar kepada MGCM tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain.

5. Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah dinyatakan sumber rujukannnya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar fototo diambil sendiri)

6. Karya hendaklah bertaip (komputer), Ariel dan fon 12, berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan disertakan juga dalam bentuk CD (soft copy).

7. Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi.

8. Setiap guru cemerlang boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah rencana sahaja.

9. Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan.

10. Penulis yang rencananya diterbitkan akan menerima sebuah buku dan honorarium yanag difikirkan sesuai.

11. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada MGCM pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.

12. Pada muka hadapan rencana hendaklah dituliskan butiran yang berikut:

a. Nama Penulis (seperti di dalam kad pengenalan)

b. Nama dan alamat sekolah

13. Hantarkan hasil penulisan dalam bentuk soft copy (CD) dan hard copy kepada:

AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

7, JALAN BAUNG, TAMAN BINTANG,

83500 PARIT SULONG

BATU PAHAT, JOHOR.

012 7373690

Wednesday, December 1, 2010

Logo MGCM


G - Guru
Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institut Perguruan dan Politeknik) dalam sistem pendidikan di Malaysia

C - Cemerlang

M - Majlis - satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( Pelajar dan ibubapa/masyarakat)

Thursday, September 30, 2010

Persidangan Guru Cemerlang kebangsaan

Persidangan Guru Cemerlang kebangsaan



PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG 2010

Kuala Lumpur , 30 September 2010 – Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berjaya mengadakan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang tahun 2010.



Persidangan tersebut diadakan di Akademi Kenegaraan, BTN, Jabatan Perdana Menteri bermula 27 September 2010 sehingga 30 September 2010. Seramai 273 orang peserta dari seluruh negara telah menghadiri persidangan tersebut. Tema persidangan kali ini ialah “ Permuafakatan Pendidikan Merealisasikan Negara Bangsa”. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran di dalam kata-kata aluannya berharap persidangan kali ini mampu menjana transformasi minda dan meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan Guru Cemerlang melalui pembentangan kertas kerja, perkongsian pengalaman, percambahan fikiran dan perbincangan akademik.



Sementara itu, YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dalam perutusannya menyatakan bahawa kerajaan meletakkan harapan kepada Guru Cemerlang untuk melakukan transformasi bagi melonjakkan pencapaian akademik dan kemenjadian murid. Adalah diharapkan, persidangan Guru Cemerlang peringkat kebangsaan ini berjaya dan seterusnya dapat menjulang martabat pendidikan negara.