Persidangan Guru Cemerlangan Daerah Hulu Selangor 2011

Tuesday, April 20, 2010

Satu Sekolah satu Fertikits


Sukacita dimaklumkan bahawa MARDI dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor akan menganjurkan program Satu Sekolah Satu Fertikits. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti pertanian yang boleh diusahakan dengan kaedah fertigasi dan teknologi ini boleh dijadikan sebagai alat bantuan mengajar dimana kaedah penanamannya boleh dilakukan dalam bilik darjah.
Kepada sekolah yang terlibat diucapkan tahniah kerana terpilih sebagai peserta dan akan menerima satu set fertikits sumbangan pihak MARDI.
Sekolah berkenaan ialah SMK Syed Mashor, SMK Kg. Soeharto, SMK Serendah, SMK Sungai Choh, SMK Bukit Sentosa, SMK Bandar Baru Batang Kali, SMK Gedangsa, SMK Bukit Sentosa 2, SMK Kalumpang, SK Ulu Yam Bharu, SJK T Ladang Batang Kali dan SJK C Batang Kali.
Makluman program adalam seperti berikut:
Tarikh : 18 April 2010 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Suluh Budiman, SMK Syed Mashor
Perasmi : Yang Berhormat Datuk Seri (Dr) Noh bin Haji Omar
Menteri Pertanian Industri Asas Tani Malaysia.
Kepada yang terlibat dikehendaki hadir bersama guru dan ahli persatuan ibu bapa sekolah masing-masing bagi menjayakan majlis tersebut.

Fertikits

Tuesday, April 13, 2010

Kursus Pengajaran Penulisan B.Inggeris

10 April 2010, Sabtu yang lalu telah diadakan satu Kursus Pengajaran Penulisan Bahasa Inggeris Bagi Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor yang berlangsung di Makmal Komputer Sekolah Menengah Dato' Haji Kamaruddin. Kumpulan sasaran ialah 2 orang wakil guru Bahasa Inggeris bagi 16 Buah Sekolah Menengah di daerah. Latihan yang diberikan amat memanfaatkan kepada peserta yang mengambil bahagian, Pensyarah yang dijemput dapat menunjukkan satu kaedah yang berkesan untuk mengajar penulisan Bahasa Inggeris. Peserta yang hadir dapat memberi respon yang positif.
Harapan penyelaras program dalam usaha yang dijalankan oleh Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor bersama Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris Daerah Hulu Selangor ini ialah semoga dapat meningkatkan pengetahuan dan mencetuskan idea-idea baru serta motivasi diri dalam kalangan guru Bahasa Inggeris. Disamping itu, diharapkan juga kursus tersebut akan menjadi panduan berguna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran mereka khasnya dalam penulisan Bahasa Inggeris disekolah masing-masing.
Kami di Sektor Akademik Pejabat Daerah Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan amat menyokong penuh atas aktiviti yang dijalankan, diharapkan pengerusi panitia lain yang telah dilantik dapat meneruskan aktiviti Panitia yang telah dirancang seperti ini agar memberi manafaat kepada semua yang terlibat.
10 April 2010, Sabtu yang lalu telah diadakan satu Kursus Pengajaran Penulisan Bahasa Inggeris Bagi Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor yang berlangsung di Makmal Komputer Sekolah Menengah Dato' Haji Kamaruddin. Kumpulan sasaran ialah 2 orang wakil guru Bahasa Inggeris bagi 16 Buah Sekolah Menengah di daerah. Latihan yang diberikan amat memanfaatkan kepada peserta yang mengambil bahagian, Pensyarah yang dijemput dapat menunjukkan satu kaedah yang berkesan untuk mengajar penulisan Bahasa Inggeris. Peserta yang hadir dapat memberi respon yang positif.
Harapan penyelaras program dalam usaha yang dijalankan oleh Majlis Guru Cemerlang Hulu Selangor bersama dengan Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris Daerah Hulu Selangor ini ialah semoga dapat meningkatkan pengetahuan dan mencetuskan idea-idea baru serta motivasi diri dalam kalangan guru Bahasa Inggeris. Disamping itu, diharapkan juga kursus tersebut akan menjadi panduan berguna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran mereka khasnya dalam penulisan Bahasa Inggeris disekolah masing-masing.
Kami di Sektor Akademik Pejabat Daerah Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan amat menyokong penuh atas aktiviti yang dijalankan, diharapkan pengerusi panitia lain yang telah dilantik dapat meneruskan aktiviti Panitia yang telah dirancang seperti ini agar memberi manafaat kepada semua yang terlibat.

Saturday, April 3, 2010

Bersama Perdana Menteri

Anugerah Kecemerlangan Akademik akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2010 (SABTU)di Dewan Serbaguna FELDA Sg. Tengi, 8.30 pagi. Seramai 694 pelajar UPSR,PMR,SPM & STPM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan pada tahun lepas akan di rai dan dianugerahkan hadiah kecemerlangan. Ibu bapa pelajar juga dijemput hadir bagi mengiringi penerimaan hadiah tersebut. 100 buah basikal juga akan diagihkan kepada pelajar-pelajar miskin di daerah hulu selangor. Kepada pelajar yang akan menerima anugerah diucapkan tahniah semoga semua nini sebagai galakkan untuk kejayaan pada masa datang. Guru-guru juga dijemput hadir bagi meraikan pelajar-pelajar kita. SeKian Dimaklumkan

Sunday, March 28, 2010

Mesyuarat Guru Cemerlang Selangor

Mesyuarat GC Selangor
TARIKH : 1 APRIL 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN BESAR, KISAS KLANG
MASA : 8.30 PAGI
PERASMI : PENGARAH PELAJARAN JPNSDE

Sila hubungi YDP daerah masing-masing untuk mendapatkan Notis Mesyuarat Agung , Borang Usul dan surat rasmi panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh JPNSDE.

ATURCARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI SELANGOR

KALI KE-5 SESI 2010/2012
8.30 pg – 9.00 pg : Pendaftaran Peserta
9.00 pg – 10.00 pg : Bacaan Doa & Peranan Guru Cemerlang oleh Tn Hj Zainal Bin Sudin
10.00 pg – 11.00 pg : Ucaptama & Perasmian oleh Tn. Pengarah Pelajaran Negeri Selangor
11.00 pg – 11.30 pg : REHAT
11.30 pg : Mesyuarat Agung MGCNS Kali ke-5

1. Ucapan Yang Dipertua MGCNS Sesi 2008/2010
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-4 Sesi 2008/2010
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaporan Aktiviti Tahun 2008-2010 - Peringkat Negeri & Peringkat Daerah
5. Pembentangan Penyata Kewangan 2008-2010
6. Pembubaran AJK 2008/2010
7. Perlantikan AJK 2010/2012
8. Perlantikan Juru Audit
9. Pembentangan dan Pembahasan Usul/Cadangan
10. Ucapan Penangguhan YDP MGCNS Sesi 2010/2010

Friday, March 19, 2010

Program GC

Program GC 2010
1. Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran Guru Cemerlang di sekolah.
• Pelaksanaan P&P yang berkualiti dan berkesan.
• Program Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran
• Head Count Mata Pelajaran
• Analisis & Post-Mortem Prestasi Pencapaian Murid
• Pelaksanaan Pelan Tindakan Penambahbaikan

2. Program Pembestarian Guru.
• Tujuan : Untuk menambahkan bilangan Guru Cemerlang .
• Pelaksanaan secara bersiri di Peringkat Daerah ( PPD & MGC Daerah )
• Pengisian :
i. Motivasi & Grooming
ii. Taklimat Kerjaya Guru Cemerlang
iii. Bimbingan Guru Cemerlang / Mentor-mentee
iv. Pembinaan Bahan Projek/Inovasi P&P

3. Projek / Inovasi/Kajian Tindakan Guru Cemerlang
• Setiap Guru Cemerlang perlu merancang & melaksanakan projek/inovasi/kajian penyelidikan pendidikan.
• Lebih banyak hasil Kajian Tindakan Guru Cemerlang akan dibentangkan di dalam Konvensyen Kajian Tindakan Negeri.
• Lebih ramai Guru Cemerlang dapat membentangkan projek/inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan.
• Lebih ramai Guru Cemerlang dapat dicalonkan sebagai Guru Inovatif di peringkat kebangsaaan.

4. Program Khidmat Bantu Guru Cemerlang
• Bimbingan dan khidmat bantu Guru Cemerlang bagi Sekolah Prestasi Rendah di peringkat daerah.
• Tujuan : Membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran dan peperiksaan awam sekolah.
• Perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman bidang kepakaran mata pelajaran Guru Cemerlang.
• Pendekatan : Perbincangan guru dan Bengkel/Ceramah Teknik Menjawab Soalan.

5. Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang kurikulum mata pelajaran kepakaran.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang pedagogi
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang penilaian dan pentaksiran pendidikan.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang ICT.
• Peningkatan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan bidang umum pendidikan.